Thursday, August 11, 2011

cita cita itu


sewaktu dulu
si kecil yang tidak mengerti apa
yang hanya tahu pergi dan balik sekolah
tidap pernah rasa menumpukan pelajarn sepenuhnya
hanya leka bermain di dunia yang di ciptanya

sampai ketika cikgu mengajar yang lebih kurang
topiknya "diri saya"
banyak soalan sehingga ada satu bunyinya cita-cita
masih tidak mengerti cita-cita apa maksudnya
cikgu hanya menerangkan cita-cita seperti pekerjaan utk masa hadapan
pandang sekeliling dan ters menjawab CIKGU sbb hanya cikgu contoh terdekat
dan hampir sekelas menjawab yang sama.

dan akhirnya
aku diberi merasa title cikgu itu
walaupun hanya sementara
baru tersedar bukan mudah memikul gelaran ini
semakin seronok melakukan tugas ini.





membesarlah menjadi yang berguna sayang ku..



.....cikgu liana

kaku

bila mulut bicara benci
ta sama apa ada dalam fikiran
mungkin mahu mengatakn sayang,rindu
tp persetankan semua itu
ego masih tinggi setinggi di awan biru

tapi akhirnya tetap kalah
masih bisa mengatakan mari berjumpa
berborak seperti tidak ada apa yang berlaku
drama apa yang sedang di lakonkan ini
niat apa yang hndak disampai kan

mahu rasa berbual manja mesra seperti dulu
duduk berdepan mata bertentang
tapi pandangan tidak sama seperti dulu
kalau bole kau lihat
tgn yang menggigil ini mahu saja menggengam erat tgn kau
mahu saja mengatakan mari kedakapan ku
hati yang berdebar
ahhh!!! tidak perlu simpati murahan itu,
ta mahu dianggap lemah walaupun hakiktnya jelas
masih bole tersenyum mesra teruskan lakonan
sehingga kau menitiskan air mata bila dia hilang dari pandangan

dan akhirnya berasa bodoh.



yang namanya hati itu

hati dia itu umpama daun kering yang diterbangkan suam angin pada musim luruh
tadi hati dia gugur satu persatu
satu demi satu jatuh ke tanah
buat keseratus dua puluh tujuh kali dia rasa begitu
ahhh
membongkok dia sambil mengutip keping2 hati dia satu persatu
perlahan dia cuba cantumkan kembali
akhirnya ada bentuk hati yang kembali terbentuk
walau ada kesan parut dan luka yang tak bisa dia padam
namun bentuknya masih lagi menyerupai hati

tidak punya apa apa

fikiran mati
perasaan mati
nafsu mati
hati mati
semuanya telah mati
tapi syukur nadi masih berdenyut
walau tidak punya rasa apa..